14 August 2012

Pinjam wang dengan JIN?



BUKTI...Juminah menunjukkan bungkusan mengandungi al-Quran beserta kain kuning yang diserahkan wanita terbabit.

JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang mengaku pengamal
perubatan tradisional kononnya menyediakan rawatan Islam berasaskan al-Quran, mengenakan syarat pelik iaitu perlu meminjam wang pelanggannya secara ghaib bagi mengupah jin untuk memulihkan rumah mereka daripada gangguan makhluk halus.
Lebih pelik, wanita berusia 48 tahun terbabit menyatakan wang RM6,450 itu muncul kembali dalam al-Quran yang dibalut dan dijahit dengan kain kuning pada hari raya nanti di rumah pelanggannya di sebuah perkampungan di Ayer Baloi, Pontian, dekat sini.
Menceritakan helah wanita berketurunan Orang Asli itu, Juminah Basir, 57, berkata pada awalnya pengamal perubatan terbabit meminta keluarganya menyediakan wang berkenaan untuk memenuhi syarat bagi upacara di rumah mangsa.

Menurutnya, wanita terbabit berjanji akan memulangkan wang itu selepas selesai upacara membersihkan rumahnya daripada gangguan makhluk halus.

“Pada 11 pagi pada 25 Julai lalu, saya bersama suami dan adik perempuan membawa wanita itu dari rumahnya di Kampung Parit Asam Kumbang Laut di Benut, Pontian, ke rumah kami di Kampung Ayer Baloi.

Sumber diambil dari:Harian Mentro




0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites