23 June 2013

City tak nak, Real mahu


Edinson Cavani

Naples: Manchester City nampaknya tidak lagi berminat mendapatkan penyerang Napoli, Edinson Cavani dan Real Madrid dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain Uruguay itu.

Presiden Napoli Aurelio de Laurentiis mendakwa City tidak bersedia melabur £53.6 juta (RM264.7 juta) untuk mendapatkan Cavani.

Memandangkan Chelsea masih belum menghubungi mereka, De Laurentiis berkata, Real satu-satunya kelab yang membuat tawaran mendapatkan pemain itu.

Cavani yang menjaringkan 38 gol musim lalu antara pemain yang menjadi rebutan dunia bola sepak dan sering dikaitkan dengan perpindahan berharga tinggi.

Begitupun minat City terhadap pemain berusia 26 tahun yang menjaringkan tiga gol ke atas mereka dalam dua perlawanan Liga Juara-Juara pada 2011 semakin luntur.

0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites